Sunday, January 27, 2013

Kesan Buruk Pengambilan Ubat Kurus

Pendedahan akhbar mengenai tindakan Kementerian Kesihatan menyenaraihitamkan 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia beracun termasuk dadah steroid daripada pasaran kerana boleh memudaratkan nyawa pengguna, sememangnya menakutkan.

Namun, lebih menakutkan apabila `amaran' bahaya pengambilan ubat sedemikian tidak diendahkan ramai demi mendapatkan tubuh langsing dan menawan tanpa mempedulikan kesan sampingan.

Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu diraih dalam tempoh singkat. Justeru,
jika ada jurujual yang mendakwa pil pelangsingnya boleh membantu anda kurus dalam tempoh singkat, janganlah anda mudah percaya. Kurus bukan boleh dicapai dalam tempoh tiga atau empat bulan dengan hanya bergantung kepada pil pelangsing. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet yang terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah diberi dengan kebenaran doktor bertauliah.

Dalam kebanyakan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandung bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Malah ia turut menyebabkan denyutan jantung yang cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Ubat-ubat pelangsing selalunya tidak diklasifikasikan sebagai ubat (drug) sebaliknya sebagai makanan tambahan menyebabkan ia tidak tertakluk dalam akta yang sama dengan ubatubatan yang diprekripsi doktor. Justeru, dengan mudah ia boleh dijual tanpa testimoni dan bukti klinikal dan ini seharusnya menjadikan anda lebih berhatihati.

Ada sesetengah ubat kurus keluaran jenama antarabangsa mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan Pihak Pentadbir Ubat-Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA), tetapi ubat sebegini pun lazimnya hanya diberi menerusi prekripsi atau kebenaran doktor. Lazimnya, ubat sedemikian diberi doktor kepada mereka yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 dan individu itu berisiko menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.

Pembelian ubat kurus melalui ejen jualan langsung pula terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira sejarah perubatan atau keperluan dan harganya pula mencecah beratus-ratus ringgit. Lebih teruk, si jurujual juga tiada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang perubatan.

Perkara paling mudah, jika anda menjadi gemuk pun dalam tempoh dua atau tiga tahun bukankah tidak logik untuk anda kurus dalam masa tiga bulan?

Pakar Bedah Umum dan Laparoskopik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Dr Lukman Abdul Rashid, berkata secara umumnya mereka yang perlu menurunkan berat badan adalah golongan yang memiliki BMI melebihi 25. Menurunkan berat badan juga katanya bukan hanya atas sebab kosmetik tetapi juga bagi mengurangkan risiko penyakit.

"Ada ubat pelangsing di pasaran yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan kualitinya terjamin, bagaimanapun kita tidak boleh kurus dengan hanya ubat pelangsing. Mereka yang menjalani prosedur pembedahan untuk menurunkan berat badan pun perlu kerap bersenam dan menjaga pemakanan untuk kekal langsing. Paling penting, kurus bukan hanya untuk kelihatan cantik tetapi juga untuk sihat," katanya.

Jelas Dr Lukman, ada empat jenis kategori ubat kurus iaitu ubat yang bertindak untuk mengurangkan lemak, ubat yang menambah kadar metabolisme pengguna, ubat yang bertindak menyekat selera makan dan ubat yang berfungsi mengurangkan penyerapan makanan.

Setiap satunya mempunyai tindak balas yang berbeza. Misalnya, ubat yang menyekat selera makan menyebabkan berat badan turun dengan pantas kerana tidak makan manakala sementara ada ubat yang menyebabkan anda berulang alik ke tandas. Bagaimanapun, ubat yang bertindak dalam masa yang cepat dan tidak pula mendapat kelulusan kerajaan berkemungkinan bertindak terhadap organ dalaman menyebabkannya rosak.

"Kebanyakan kita tentu masih ingat kes seorang pelakon Singapura yang rosak hatinya hingga memerlukan pemindahan hati gara-gara mengambil ubat pelangsing. Malah ada juga kes di negara kita yang menyaksikan pengambilan ubat kurus tanpa prekripsi doktor akhirnya menyebabkan kematian. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk kurus, " katanya.

Jelas Dr Lukman bagi mereka yang melebihi BMI ideal atau obes tahap 1, senaman dan penjagaan pemakanan adalah cara terbaik. Bagaimanapun bagi mereka yang sudah berhadapan dengan masalah morbid obesiti iaitu tahap obes yang terlampau, penjagaan makanan dan senaman bukan lagi langkah terbaik untuk menurunkan berat badan.

"Sebaliknya golongan ini memerlukan pembedahan, iaitu prosedur intragastrik balloon (pembedahan yang memasukkan belon silikon dalam perut anda sekali gus mengurangkan jumlah makanan yang anda ambil). Ia teknik pembedahan bersifat sementara dan belon perlu dikeluarkan dalam masa enam bulan selepas pembedahan," katanya.

Dalam prosedur ini, belon yang dibuat daripada silikon lembut akan dimasukkan ke dalam perut melalui mulut berpandukan kamera endoskopik. Sementara satu lagi kaedah disebut sebagai `gastrik banding' atau dikenal juga sebagai prosedur mengikat perut. Prosedur pembedahan ini membabitkan gegelung silikon penyekat diletakkan di sekeliling perut untuk membentuk perut seperti punjut kecil. Bahagian yang dijerut dengan silikon menyebabkan laluan atas perut itu sempit. Ini membuatkan pesakit berasa kenyang walaupun pengambilan makanan dihadkan.

"Bagi wanita lepas bersalin pula, jangan terlalu gelojoh untuk kurus. Proses hamil itu sendiri memang menyebabkan berat badan bertambah namun secara umumnya, selepas bersalin berat badan akan turun dengan sendirinya. Andai kata berat badan tidak berkurangan, anda perlu nilai kembali cara hidup anda. Mungkin sebelum ini, anda aktif bersenam tetapi komitmen terhadap anak kecil atau kerja menyebabkan anda tiada masa bersenam.

Bagi wanita begini, Dr Lukman berkata, sepatutnya mereka mulakan langkah mengambil pemakanan seimbang selain memperuntukkan masa untuk bersenam. Proses untuk menurunkan berat badan mungkin lebih lama tetapi ia dapat menghindarkan komplikasi kesihatan berbanding pengambilan ubat pelangsing.

Secara idealnya, kombinasi diet rendah kalori, senaman yang kerap dan ubat kurus `halal' atau dibenarkan, anda akan berupaya menurunkan berat antara lima hingga 10 peratus daripada berat badan anda dalam masa setahun. Ia adalah kadar tipikal untuk mana-mana usaha menguruskan berat badan yang ideal.

"Mungkin anda melihatnya sebagai jumlah yang kecil tetapi peratusan sekecil itu sudah boleh membantu anda menurunkan kadar lipid, menurunkan kadar glukos dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin," katanya.


Jenis ubat kurus dan kesan sampingan

* Diethylpropion

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Phentermine

Meningkatkan tekanan darah dan denyut jantung, sukar tidur dan pening.

* Orlistat

Kejang pada usus, banyak angin.

* Sibutramine

Meningkatkan kadar tekanan darah, denyut jantung.

Sumber: Institut Diabetes, Pencernaan dan Masalah Ginjal Kebangsaaan, Amerika 2010.

Kes pengambilan ubat pelangsing

* 2002

Seorang pelakon warga Singapura, Andrea De Cruz, nyaris maut garagara mengambil pil pelangsing keluaran syarikat dari China. Penggunaan pil pelangsing menyebabkan hatinya rosak dan gagal berfungsi secara tiba-tiba. Andrea terpaksa menjalani pemindahan hati untuk menyelamatkan nyawanya. Andrea memenangi kes saman terhadap pengedar pil itu dan diberi ganti rugi berjumlah hampir S$900,000 (RM1.9 juta) oleh Mahkamah Tinggi Singapura.

* 2007

Seorang suri rumah berusia 33 tahun meninggal dunia di Hospital Alor Setar, dipercayai akibat mengambil ubat pelangsing dan teh herba buatan China. Mangsa dilaporkan tidak berpuas hati dengan berat badannya yang naik mendadak selepas melahirkan anak ketiga.

Dia membeli sekotak ubat pelangsing mengandungi 60 kapsul dan teh herba mengandungi 30 sachet yang berharga RM350.

Selepas hampir tiga bulan, berat badannya menurun namun dia mula mengadu sakit pinggang dan menjalani rawatan di HAS sebelum doktor mengesahkan buah pinggangnya rosak.

Wallahu a’lam.



Anda mencari pengedar Shaklee Kuala Lumpur Hubungilah saya:

Puan Fara Sainai
012 - 310 7784
atau email kepada fara435@yahoo.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Hulu Kelang 
(Wangsa Maju,Setiawangsa,Melawati,Keramat dll)
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!

Thursday, January 17, 2013

Malaysia Obesiti Tertinggi


Salam Sejahtera sume,

Ni saje terjumpe satu info statistik berkaitan dengan berat badan berlebihan.... meh sama2 bace dan lepas tu, pikir dan renungkan...hehehehe..





Mengikut statistik daripada Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO),dianggarkan lebih daripada 2.5 juta orang mati setiap tahun disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan di seluruh dunia.
Menurut Persatuan Kesihatan Sedunia juga, statistik ini akan meningkat sehingga mencapai 5 juta orang pada tahun 2020 nanti.Pernyataan ini sungguh merungsingkan saya. Adakah semakin hari orang akan mengabaikan tahap kesihatan mereka? Atau mungkinkah faktor lambakan makanan segera di pasaran yang meningkatkan statistik ini?
Walau apapun terjadi, kita perlulah sentiasa bertanggungjawab terhadap diri kita. Kita yang dapat mengawal kadar pengambilan makanan setiap hari. Kita yang menentukan sama ada kita hendak bersenam atau tidak. Saya sungguh berharap agar kita bersama-sama menidakkan statistik yang dikeluarkan oleh WHO ini. Marilah bersama-sama kita amalkan tabiat kesihatan yang baik.


Saya rasa tiada siapa di kalangan kita yang suka dipanggil gemuk dan saya rasa bahawa panggilan ini tidak wajar digunakan kepada ahli keluarga, rakan dan kenalan yang berada di dalam situasi ini.
Obesiti adalah sejenis penyakit dan ia bukanlah keadaan semulajadi. Ramai di kalangan kita tidak menganggap obesiti sebagai perkara serius atau punca utama kepada pelbagai penyakit. Dalam hal ini, kita perlu meletakkan obesiti dalam kedudukan permasalahan pertama, yang kemudiannya diikuti masalah diabetes melitus (kencing manis), aras kolesterol yang tinggi, hipertensi (darah tinggi) dan sebagainya.
Dalam erti kata lain, obesiti adalah punca utama segala penyakit lain. Masalah timbul apabila orang ramai tidak menganggap bahawa obesiti sadalah satu penyakit. Mereka menganggap ia lebih kepada satu keadaan bukan penyakit yang perlu diberi perhatian serius.
Kebanyakan orang ramai yang inginkan merawat obesiti hanya untuk tujuan kosmetik (supaya kelihatan tampan atau cantik bergaya) dan bukan dengan tujuan kesihatan dan perubatan.
Tidak mengapa, penampilan yang baik juga adalah penting kepada kita untuk menambah rasa keyakinan diri, kebahagiaan hidup berumah-tangga dan contoh tauladan kepada mereka yang memerhatikan penampilan kita.
Pesanan KHAS ditujukan kepada para pemimpin masyarakat, para pendakwah, para pengamal perubatan (terutamanya kepada para doktor sendiri), para pendidik dan juga kepada para ibu bapa sendiri.
Ada beberapa kaedah boleh dilakukan untuk merawat obesiti, di antaranya ialah :
  1. Mengurangkan kekerapan makan terutamanya di waktu malam.
  2. Kurang memakan makanan berlemak, bersantan dan bergoreng.
  3. Menukar cara pemakanan atau menu seperti makanan rebus atau kukus.
  4. mengambil makanan yang berserat dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kurang manis.
  5. Mengurangkan pengambilan makanan segera dan air berkarbonat
  6. Amalkan senaman, riadah atau pergerakan aktif.
  7. Berpuasa
  8. Amalkan cara hidup yang sihat dan aktif
Obesiti adalah sejenais penyakit yang merupakan di antara punca utama kepada penyakit-penyakit yang lain seperti diabetes melitus, hipertensi, serangan jantung, stroke, kanser usus (kolorektal) dan lain-lain. Umur pemiliknya akan menjadi semakin pendek apabila ditambah pula dengan merokok, cara hidup yang stress, faktor genetik keluarga dan lain-lain lagi.

Bagi anak-anak muda serta remaja pula, amalan memakan makan segera sambil menonton TV, bermain video-games, facebooking dan sebagainya menjadikan anak-anak kita menjadi obes atau gemuk pada usia yang terlalu muda.
Oleh itu, hendaklah kita mengelak daripada mengambil banyak makanan yang manis, berlemak dan berminyak pada setiap masa dan bukanlah semasa musim perayaan sahaja. Ingat ! Perut dan budaya pemakanan yang tidak sihat adalah punca utama kepada pelbagai jenis penyakit umat kini.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita juga harus memerhatikan di luar sana, ribuan atau jutaan di kalangan saudara-saudara seaqidah kita  yang sedang berhadapan dengan permasalahan kebuluran disebabkan kekurangan bekalan makanan. Sebaliknya kita di Malaysia pula mendepani ujian kemewahan dan pesta makanan yang tidak putus-putus kehadirannya.
Ini adalah satu jihad yang dilupakan oleh umat kini…..!

Wallahu a’lam.



Anda mencari pengedar Shaklee Kuala Lumpur Hubungilah saya:

Puan Fara Sainai
012 - 310 7784
atau email kepada fara435@yahoo.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Hulu Kelang 
(Wangsa Maju,Setiawangsa,Melawati,Keramat dll)
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts