Thursday, January 17, 2013

Malaysia Obesiti Tertinggi


Salam Sejahtera sume,

Ni saje terjumpe satu info statistik berkaitan dengan berat badan berlebihan.... meh sama2 bace dan lepas tu, pikir dan renungkan...hehehehe..





Mengikut statistik daripada Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO),dianggarkan lebih daripada 2.5 juta orang mati setiap tahun disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan berat badan berlebihan di seluruh dunia.
Menurut Persatuan Kesihatan Sedunia juga, statistik ini akan meningkat sehingga mencapai 5 juta orang pada tahun 2020 nanti.Pernyataan ini sungguh merungsingkan saya. Adakah semakin hari orang akan mengabaikan tahap kesihatan mereka? Atau mungkinkah faktor lambakan makanan segera di pasaran yang meningkatkan statistik ini?
Walau apapun terjadi, kita perlulah sentiasa bertanggungjawab terhadap diri kita. Kita yang dapat mengawal kadar pengambilan makanan setiap hari. Kita yang menentukan sama ada kita hendak bersenam atau tidak. Saya sungguh berharap agar kita bersama-sama menidakkan statistik yang dikeluarkan oleh WHO ini. Marilah bersama-sama kita amalkan tabiat kesihatan yang baik.


Saya rasa tiada siapa di kalangan kita yang suka dipanggil gemuk dan saya rasa bahawa panggilan ini tidak wajar digunakan kepada ahli keluarga, rakan dan kenalan yang berada di dalam situasi ini.
Obesiti adalah sejenis penyakit dan ia bukanlah keadaan semulajadi. Ramai di kalangan kita tidak menganggap obesiti sebagai perkara serius atau punca utama kepada pelbagai penyakit. Dalam hal ini, kita perlu meletakkan obesiti dalam kedudukan permasalahan pertama, yang kemudiannya diikuti masalah diabetes melitus (kencing manis), aras kolesterol yang tinggi, hipertensi (darah tinggi) dan sebagainya.
Dalam erti kata lain, obesiti adalah punca utama segala penyakit lain. Masalah timbul apabila orang ramai tidak menganggap bahawa obesiti sadalah satu penyakit. Mereka menganggap ia lebih kepada satu keadaan bukan penyakit yang perlu diberi perhatian serius.
Kebanyakan orang ramai yang inginkan merawat obesiti hanya untuk tujuan kosmetik (supaya kelihatan tampan atau cantik bergaya) dan bukan dengan tujuan kesihatan dan perubatan.
Tidak mengapa, penampilan yang baik juga adalah penting kepada kita untuk menambah rasa keyakinan diri, kebahagiaan hidup berumah-tangga dan contoh tauladan kepada mereka yang memerhatikan penampilan kita.
Pesanan KHAS ditujukan kepada para pemimpin masyarakat, para pendakwah, para pengamal perubatan (terutamanya kepada para doktor sendiri), para pendidik dan juga kepada para ibu bapa sendiri.
Ada beberapa kaedah boleh dilakukan untuk merawat obesiti, di antaranya ialah :
  1. Mengurangkan kekerapan makan terutamanya di waktu malam.
  2. Kurang memakan makanan berlemak, bersantan dan bergoreng.
  3. Menukar cara pemakanan atau menu seperti makanan rebus atau kukus.
  4. mengambil makanan yang berserat dan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang kurang manis.
  5. Mengurangkan pengambilan makanan segera dan air berkarbonat
  6. Amalkan senaman, riadah atau pergerakan aktif.
  7. Berpuasa
  8. Amalkan cara hidup yang sihat dan aktif
Obesiti adalah sejenais penyakit yang merupakan di antara punca utama kepada penyakit-penyakit yang lain seperti diabetes melitus, hipertensi, serangan jantung, stroke, kanser usus (kolorektal) dan lain-lain. Umur pemiliknya akan menjadi semakin pendek apabila ditambah pula dengan merokok, cara hidup yang stress, faktor genetik keluarga dan lain-lain lagi.

Bagi anak-anak muda serta remaja pula, amalan memakan makan segera sambil menonton TV, bermain video-games, facebooking dan sebagainya menjadikan anak-anak kita menjadi obes atau gemuk pada usia yang terlalu muda.
Oleh itu, hendaklah kita mengelak daripada mengambil banyak makanan yang manis, berlemak dan berminyak pada setiap masa dan bukanlah semasa musim perayaan sahaja. Ingat ! Perut dan budaya pemakanan yang tidak sihat adalah punca utama kepada pelbagai jenis penyakit umat kini.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita juga harus memerhatikan di luar sana, ribuan atau jutaan di kalangan saudara-saudara seaqidah kita  yang sedang berhadapan dengan permasalahan kebuluran disebabkan kekurangan bekalan makanan. Sebaliknya kita di Malaysia pula mendepani ujian kemewahan dan pesta makanan yang tidak putus-putus kehadirannya.
Ini adalah satu jihad yang dilupakan oleh umat kini…..!

Wallahu a’lam.



Anda mencari pengedar Shaklee Kuala Lumpur Hubungilah saya:

Puan Fara Sainai
012 - 310 7784
atau email kepada fara435@yahoo.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Hulu Kelang 
(Wangsa Maju,Setiawangsa,Melawati,Keramat dll)
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts