Saturday, December 20, 2014

JOM KENALI KOLESTEROL

Apakah Itu Kolesterol?                


Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam peredaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperolehi daripada pemakanan dan pengeluaran dari hati.




Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan , kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein.
Kolesterol bersalut protein ini dipanggil "CHYLOMICRON".

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredars  darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan 'chylomicron' daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.


KOLESTEROL JAHAT vs KOLESTEROL BAIK


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).





 Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol 'JAHAT' manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol 'BAIK'.





Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?


Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. 


Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol.

Lama-kelamaan , plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.




Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).


Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL. 

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Sumber : Laman Kesihatan


Semoga sedikit sebanyak info mengenai Kolesterol ini memberi kesedaran kepada anda.


Farasainai

0123107784

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts