Wednesday, December 31, 2014

Vitamin Untuk Orang Sakit? Kenali Hakikat Vitamin

Beberapa hari lepas dapat panggilan dari seorang sahabat memberitahu seorang kenalan meninggal dunia akibat strok. Masih muda orangnya dan diberitahu oleh doktor tiada apa-apa penyakit lain melainkan tekanan darah sedikit tinggi. Di kala itu teringat juga pada arwah rakan sekolah rendah yang meninggal dunia akibat serangan jantung. Juga dikatakan tiada apa-apa penyakit berbahaya malah sangat aktif bersukan.
Mungkin sudah tertulis ajal mereka tetapi memang makin ramai yang pergi di usia muda akibat penyakit yang tidak kelihatan di mata kasar. Nampak sihat dan aktif tapi sebenarnya ada dalam badan.
Di negara kita vitamin adalah untuk orang sakit atau diambil oleh ibu-ibu hamil. Bagi orang yang merasa dirinya sihat, mereka tidak nampak kepentingan vitamin atau supplement tambahan. Malah ibu menyusu sekalipun jarang mengambil vitamin. Cuma rata-ratanya akan panik mencari apabila susu berkurang atau tidak cukup untuk bayi.
Hakikatnya menurut Dr Ray Strand seorang pakar nutrisi, 3 cara untuk hidup sihat optimum iaitu
  • Melakukan senaman yang konsisten
  • Mengambil makanan seimbang
  • Mengambil vitamin/supplement tambahan
Kajian 30 tahun lalu terhadap lobak (carrot) mendapati ia telah kehilangan zat sebanyak 45% berbanding 10 tahun sebelumnya. Itu 30 tahun lepas. Bayangkan sekarang? Ditambah pula sekarang ini kebanyakan produk makanan adalah GMO (Genetically Modified Organism) di mana kandungan genetiknya diubah untuk mempercepatkan tempoh matang, saiz lebih besar, buah yang lebih lebat atau isi yang lebih tebal. Malah produk ternakan juga banyak disuntik dengan hormon supaya lebih cepat matang dan lebih besar. Jadi bayangkankesemua bahan kimia/ hormon itu masuk ke dalam badan kita melalui makananharian kita.
Jadi benarkah vitamin untuk orang sakit? Ini pendapat saya
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa ramai orang sihat tetap rasa letih dan lesu setiap hari?
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa ramai orang sihat tetap mengalami masalah kemurungan atau stress?
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa ramai orang sihat tetap mengalami masalah obesiti atau berat badan tidak normal atau paras kolesterol tinggi?
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa ramai kajian KKM menunjukkan pertambahan 2x ganda pesakit diabetis yang tidak mengetahui mereka menghidap diabetis?
  • Jika vitamin untuk orang sakit, kenapa kadar kematian akibat serangan jantung dan strok secara tiba-tiba meningkat?
Jika difikirkan, banyak lagi kenapa yang kita boleh renungkan. Tetapi ia semua menunjukkan vitamin bukan untuk orang sakit tapi untuk merendahkan peluang untuk kita sakit dan mendapat tahap kesihatan yang lebih baik.. Jadi bagi yang mahu mula mengamalkan vitamin untuk meningkatkan tahap kesihatan badan, apa vitamin yang anda perlukan?
Badan kita mempunyai banyak anggota badan kan? Anggota badan sel kita pula adalah pelbagai jenis protein yang bergabung dan berfungsi serentak. Jika anggota badan kita lengkap, badan kita akan sempurna. Maka jika protein cukup sel kita juga sempurna. Setiap protein terbina dari gabungan  beberapa asid amino yang berbeza. Ada 22 jenis asid amino untuk membina pelbagai jenis protein tetapi hanya 13 yang boleh dihasilkan oleh badan kita. Baki 9 jenis asid amino kita perlu dapat dari pemakanan harian.
Ingat bahan asas seluruh sistem badan manusia adalah sel. Jadi seperti mana manusia perlukan makanan, sel juga perlukan makanannya iaitu 27 jenis kombinasi vitamin dan mineral. Kita pula berlindung dari elemen luar seperti sejuk, panas, habuk dan sebagainya dengan menggunakan pakaian kita sebagai perisai kan? Jadi sel kita juga memerlukan perisainya untuk berlindung dari serangan pathogen dan bakteria. Perisai ini adalah Vitamin C.
Jadi kita memerlukan asid amino, 27 jenis vitamin dan mineral serta Vitamin C untuk kekal aktif dan sihat. Banyak nya perlu makan? Macam mana nak pastikan diet harian kita lengkap dengan semua tu? Ada tak cara lebih mudah untuk dapat semua keperluan itu dengan lengkap?
Cara paling mudah adalah dengan mengamalkan Set Family Wellness dari Shaklee iaitu gabungan Vitalea, B-complex, Vitamin C dan ESP Soy Protein Isolate Powder.
Apa kepentingan 4 jenis vitamin ini?
  • Gabungan Vitalea dan B-complex membekalkan kesemua 27 jenis vitamin dan mineral untuk fungsi sel yang optimum
  • Vitamin C bersifat pelepasan masa yang membekalkan 500mg vitamin C sedikit demi sedikit sepanjang hari untuk perlindungan sel 24/7.
  • ESP membekalkan kesemua 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.
  • Gabungan 4 jenis vitamin ini meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, membuatkan badan lebih bertenaga, menguatkan sistem imun badan dan melindungi setiap organ badan untuk fungsi yang optimum.
Kenapa mesti Shaklee? Sebab Shaklee adalah pengeluar multivitamin pertama di duniadan syarikat nutrisi terbaik di US dan Malaysia. Malah para doktor sendiri mengakui keberkesanan Shaklee.
Keberkesanan Shaklee diakui doktor
Ini pula kisah Mary (seorang pengguna Shaklee) dan adik kembarnya yang tidak menggunakan produk Shaklee. Ketika kecil wajah keduanya sama. Tetapi di usia 69 tahun, wajah Mary jelas kelihatan lebih awet muda, segar dan bertenaga berbanding adiknya.
Vitamin untuk orang sakit? TIDAK!! Vitamin untuk mereka yang mahu hidup lebih sihat. Vitamin membekalkan badan dengan keperluan untuk fungsi badan yang effisien dan perlindungan yang berpanjangan dari penyakit.Kata pepatah Mencegah itu lebih baik dari mengubati adalah tepat untuk kenapa perlunya mengambil vitamin walaupun rasa sihat.

credit : www.lifefit.my  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts