Tuesday, January 6, 2015

7 sebab kenapa saya suka Shaklee dan masih setia dengan Shaklee?

Kenapa saya suka Shaklee dan masih setia dengan Shaklee? 




1) Kepelbagaian jenis supplement VS hanya satu jenis? yg mana pilihan anda?



Kenapa saya suka Shaklee? Sebab yang paling utama ialah Shaklee mempunyai kepelbagaian jenis suplemen dan vitamin, mengikut sukatan dan dos yang tertentu, mengikut formulasi yang tertentu, berbanding dengan syarikat yang hanya mengeluarkan satu produk danclaimed produk keluarannya "mengandungi 1001 khasiat". Biasa dengar kan?

Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Keperluan nutrisi tambahan setiap individu bergantung kepada keadaan dan tahap kesihatan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya, ibu yang mengandung dan yang menyusukan anak contohnya memerlukansekurang-kurangnya 1000mg Calcium setiap hari, berbanding dengan individu biasa yang mungkin hanya memerlukan 500mg Calcium sahaja. Individu yang ada masalah gout contohnya, memerlukan lebih banyak khasiat daripada Asid Lemak Omega-3 untuk mengatasi keradangan sendi yang dialaminya, berbanding individu yang tidak mempunyai masalah seumpamanya.

Berbanding produk pemakanan tambahan yang hanya satu produk (satu formulasi) sahaja tetapi diclaimed mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan, kadang-kadang kita tidak dapat pastikan berapa jumlah dos sebenar untuk setiap satu ingredient dalam formulasi produk tersebut. Jenis vitamin/mineral beserta dosnya dalam produk 'have it all' ini mungkin mencukupi untuk seseorang tetapi mungkin juga tidak cukup untuk org yang lain. Mungkin mencukupi untuk penyakit A tetapi mungkin tak cukup untuk penyakit B. Mungkin sesuai untuk mereka yg berumur sekian sekian, tetapi mungkin tak sesuai untuk sekian umur. 

Sehingga kini, dalam dunia perubatan sekalipun masih belum ada satu ubat yang boleh menyembuhkan semua penyakit



2) Specific formulation for a specific reason


Setiap satu produk Shaklee ada formulasi dan tujuan yang spesifik. Contohnya, ada tujuan spesifik kenapa Shaklee menggabungkan Calcium dan Magnesium dalam formulasi yang sama iaitu dalam produk Ostematrix. Ada tujuan yang spesifik kenapa wujudnya teknologi sustained release dalam formulasi Vitamin C Shaklee. 

Berjuta-juta USD dibelanjakan setiap tahun bagi tujuan ujian klinikal dan R&D. Namakan saya produk apa, tak kiralah tempatan mahupun international, yang belanjakan $250 juta setiap tahun untuk ujian klinikal dan R&D, selain Shaklee? 



Landmark Study: [sumber]



3) 100 years of innovation

Tahun 2015, Shaklee akan berusia 100 tahun. Produk pertama yang dikeluarkan Shaklee ialah Vitalea yang merupakan multivitamin pertama di dunia, berusia 99 tahun pada tahun ini.

Ada tak brand lain yang berusia sehingga 100 tahun, dan masih bertahan sehingga ke hari ini dengan pelbagai inovasi produk dan makin berkembang pesat? kalau tidak kerana ianyaterbukti berkesan dan diyakini oleh ramai pengguna di seluruh dunia, Shaklee tidak akan bertahan selama 100 tahun macam hari ini. kan? 

100 years of innovation

99 years old Vitalea

the latest vitalea 



4) Tumbuhan herba dan buah-buahan seperti anggur juga bagus untuk kesihatan


Shaklee bukanlah produk berasaskan 'makanan sunnah', malahan produk ini berasal daripada luar negara. Namun demikian, formulasi produknya juga tidak kurang hebatnya. Contohnya kandungan 9 jenis herba dalam formulasi Herb-Lax yang terdiri daripada alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root sangat bagus untuk sistem penghadaman dan fungsinya untuk membersihkan usus. 

Sebagai contoh lagi, buah anggur Muscadine merupakan buah anggur yang terbaik di dunia kerana kandungan polyphenol dan Resveratrol yang tinggi dan ianya digunakan dalam formulasi VIVIX. Bukankah buah anggur juga kerapkali disebut dalam Al-Quran? Bolehkah kalau saya mengatakan Vivix juga produk makanan sunnah? :)

Contohnya, dalam surah Abasa ayat 27-29 Allah SWT berfirman, 

"Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu)." 

Muscadine grapes


5) Sumber bukan hanya daripada tumbuhan
Benar, sumber berasaskan tumbuhan dan buah-buahan adalah bagus untuk kesihatan, tetapi harus diingat sumber lain juga bagus. Ada sebab kenapa Allah ciptakan semua hidupan di dunia ini. Contoh yang saya maksudkan adalah seperti ikan. Ikan juga mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam formulasi suplemen, tidak hanya tumbuhan semata-mata.



Untuk makluman, Shaklee juga ada keluarkan produk yang berasal daripada ikan, selain daripada tumbuhan dan buahan. Omega Guard contohnya merupakan asid lemak Omega-3yang diperolehi daripada ikan laut dalam yang merupakan sumber terbaik untuk Omega-3. Collagen Shaklee juga berasaskan ikan, kerana saiz molekul kolagen berasaskan ikan adalah lebih kecil dan terbukti lebih mudah menyerap ke dalam sel tubuh berbanding collagen daripada sumber lain, rumpai laut contohnya. Sebab itulah penggunaan 3 sachet Collagen Powder sudah boleh menampakkan kesan yang positif. Lihat testimonial Collagen di sini. :)


6) Produk kesihatan mana lagi yang ada PATENT PENDING?

Sebutkan kepada saya. Produk makanan tambahan mana yang mempunyai patent pending? Kalau kurang faham apa yang dimaksudkan dengan patent pending, lebih kurang macam ni, formulasi dan proses penghasilan produk yang mempunyai patent pending ini telah dipatenkan eksklusif hanya untuk syarikat dan produk tersebut. Ianya merupakan harta intelek yang perlu dipelihara. 


Salah satu produk Shaklee yang mempunyai patent-pending ialah Vivix dan formulasinya dipatenkan khas hanya untuk Shaklee secara SAH dari segi undang-undang. Tiada syarikat yang boleh copy kandungan dan cara penghasilan produk berkenaan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya berlaku. Eksklusif hanya untuk Shaklee.


7) Shaklee ada sijil halal

Shaklee juga ada sijil halal yang tidak diragui.


========================================================================
Rasanya cukup 7 sebab kenapa saya masih setia dan tak pandang produk lain buat masa ini. Di atas sebab-sebab yang saya senaraikan ini jugalah, saya ingin rekemenkan Shaklee kepada semua, kerana terbukti berkesan, selamat dan semulajadi. Saya menjual bukan sekadar ingin dapatkan keuntungan semata-mata, tetapi saya menjual dengan ilmu, apa yang bagus, saya akan kongsikan dan dengan niat dapat membantu lebih ramai org menjalani kehidupan yang sihat dan cantik secara semulajadi. Insyaallah.

Wallahu a’lam.
DAPATKAN PRODUK SHAKLEE HARI INI! 

Anda mencari pengedar Shaklee Kuala Lumpur Hubungilah saya:

Puan Fara Sainai
012 - 310 7784
atau email kepada fara435@yahoo.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Hulu Kelang 
(Wangsa Maju,Setiawangsa,Melawati,Keramat dll)
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts