Thursday, January 15, 2015

Cara Merawat Batuk Kronik Tanpa Ubat

Bismillah..

Alhamdulillah hampir seminggu jugak la duk kena demam, selesema dan batuk.

Saya cuba taknak ambik sebarang ubat doktor. Saya pulun vitamin-vitamin Shaklee yang boleh merawat bagi demam, batuk dan selesema ni... 

dan saya terbaca satu buku ni  - buku-buku merawat penyakit cara semulajadi seperti Prescription for Nutritional Healing dan Nutrition is Health..Semua jenis penyakit yang berkaitan dengan batuk saya baca dan fahamkan, termasuk Batuk 100 hari, Batuk Kokol, Asma, Bronkitis dan Pheumonia. Batuk yang teruk boleh pergi kepada Pheumonia!

Sakit ni banyak berpunca daripada makanan. Nak rawat penyakit pun lebih baik guna makanan. Telan suplemen vitamin dan mineral yang sepatutnya kita kena ambik cukup daripada sayur, buah, susu, ayam, daging dsb yang kita makan tiap-tiap hari.

Merawat Penyakit Cara Pemakanan

Saya telan macam-macam jenis suplemen vitamin dan herba, mengikut dos yang dicadangkan dalam buku tu. Saya ikut betul-betul preskripsi untuk sakit Bronkitis dan Pheumonia. Antaranya suplemen yang saya telan ialah:

   1. Protein Powder/Mealshakes 
   2. SR Vitamin C Plus / Chewable Vita-C Plus
   3. Lecithin + GLA / Vitamin E
   4. Omega Guard
   5. B Complex
   6. Bawang Putih 2 biji / Garlic Complex
   
Semua suplemen ni sangat membantu untuk recover sakit yang berkaitan paru-paru dan untuk boost immune system katanya.
Lepas seminggu, alhamdulillah, baik! Syukur...



Kasih Sayang Tuhan Dalam Musibah
Apapun, syukur sebab Tuhan bagi sakit sesekali. Sebab sakit, baru teringat nak solat hajat. Dah lama benar tak solat hajat. Seolah-olah dah tak berhajat pada Tuhan. Sedangkan kita sebenarnya tiap-tiap hari berhajat pada Tuhan kata Tok Guru Nik Aziz. Ubat, suplemen tak boleh menyembuhkan sakit tanpa izin Tuhan.

Lepas sakit, baru teringat selawat dan berdoa setiap kali telan ubat dan suplemen. Sebab yang bagi sihat adalah Tuhan, bukan pil ubat dan tablet vitamin. Selama ni telan vitamin tak fikir pun Tuhan yang sembuhkan. Rasa macam vitamin tu jer yang menyembuhkan…


Bila sakit, baru teringat nak muhasabah diri. Setiap musibah, pasti ada hikmahnya. Mungkin ianya kifarah dosa. Dan masa dapat musibahlah baru nak semak balik kekurangan pada ibadah.


Bila Sakit Baru Ingat Akan Tuhan

Masa sakitlah baru beriya-ianya berdoa pada Tuhan. Dulu doa main-main jer. Seolah-olah mintak dengan Tuhan dengan cara “nak bagi-bagi, tak nak bagi sudah!”… Tapi bila sakit, “Ya Allah, bagilah aku kesembuhan penyakit ni… Tak ada sesiapa boleh sembuhkan sakit ini melainkan Engkau wahai Tuhan”….

Tapi bila sembuh…. Aduh… doa pun jadi macam dulu balik… Memang itulah yang Tuhan ingatkan berkali-kali dalam Quran tentang perangai manusia. Bila susah ingat Tuhan, bila senang dia lupakan Tuhan seolah-olah dia tak pernah meminta-minta pada Tuhan…

Memang betul pun. Senang baik, susah pun baik. Susah senang yang silih berganti rupa-rupanya cara Tuhan sayang pada kita. Tuhan bagi senang untuk kita syukur, Dia bagi susah untuk kita sabar. Senang dan susah di dunia, bukan kayu ukur kita di sisi Tuhan… tapi kayu ukur sebenar ialah macam mana kita berhadapan dengan susah ataupun senang…

Wallahu a’lam.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI FARA;
























Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area WANGSA MAJU, SETIAWANGSA, SETAPAK, KERAMAT, MELAWATI,  boleh hubungi FARA untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 FARA akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts