Tuesday, January 6, 2015

Kebaikan Mealshake Shaklee

Mealshakes memang best!

Malam ni saya nak bercerita mengenai Mealshake. Apa Mealshake ni? 

Bagi yang baru mengikuti, Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral, protein dan ayat2 al-Quran. Ayat al-Quran?

Ya, semasa bancuh Mealshake, ibunya baca lah apa2 ayat seperti ayat 1000 dinar ke, ayat surah Toha ke, etc :) maka jadilah ia satu hidangan lengkap yang penuh khasiat dan barokah.

Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Paling best adalah KELAZATAN RASANYA - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi;penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. 

Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


Nota: Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan,Shaklee Energizing Soy Protein(ESP) @ apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun panas. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts