Thursday, February 12, 2015

OMEGA GUARD SHAKLEE MENGHAKIS & MERBAHAYA??

Pernah tak korang dengar isu ni dulu? 

Mesti pernah kan... dah kecoh dalam dunia cyber ni sebenarnya.. tapi, baru-baru ini masih ada yang belum betul-betul faham mengapa Omega Guard Shaklee ni boleh menghakis polisterin?? 
Pernah suatu ketika , saya ditegur oleh seseorang tentang bahayanya Omega Guard Shaklee. Sedangkan ketika itu saya dah telan 2,3,4 botol juga la Omega Guard Shaklee ni. tak silap dalam tahun 2013 camtu la. 


''ko jangan la ambik omega guard tu, dah la tak HALAL, bahaya pulak tu, gile ko..menghakis tak pasal2 organ-organ dalam badan kita ni".. lebih kurang camtu la ayat dia.


  Kecoh sampai siap warning lagi jangan la makan.. sebab kononnya Omegaguard Shaklee nie menghakis malah boleh memudaratkan si pengguna jika mengamalkan terlalu lama ia boleh menghakis organ-organ dalaman kita.. ooo makk aiii... cer pikio (ala-ala PU Yeop giteww) takkan la kami Pengedar Sah Shaklee nie nak jual benda yang memudaratkan kepada pengguna semata-mata ingin mengejar keuntungan Duniawii nie?? 

   Pembaca sekalian kena paham , dunia perniagaan adalah dunia persaingan , jika anda mudah melatah dengan isu-isu yang dicanangkan oleh pesaing anda maka tak sampai ke mana pun bisnes anda.. Tapi, jika anda lihat dari sudut positif ini menunjukkan Shaklee kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan lebih banyak yang mereka korek bermakna mereka lebih berminat dengan sesuatu produk itu. Bukan apa, mereka ( pengguna )  melabur pada perkara dapat memberi manfaat kepada mereka bukan hanya menguntungkan sebelah pihak semata-mata ( pengedar ).

  Okayyy pembaca sekalian, meh sini saya cerita sket macamana Omegaguard Shaklee ini boleh menghakis bekas polisterin tu!




 Anda menjadi semakin takut??? Hanya 1 biji sahaja sudah boleh tembus??? Macam asid la pulak boleh menghakis ni.. Alamak habis lah usus....

Sebenarnya kenapa ini berlaku dan adakah ianya betul-betul ‘menghakis?’ Benarkah ianya berlaku disebabkan tindakan kimia atau chemical reaction?

Fahami konsep ni:

Polisterin ialah non-polar polimer dan fish oil pula adalah non-polar liquid. Hampir semua jenis minyak, termasuk minyak ikan boleh melarutkan polisterin dari bentuk solid-liquid. Proses ini bukannya ‘chemical reaction’ ianya sekadar solvent-type action.Contohnya lah..macam kita larutkan gula dalam air..bukan tindakbalas kimia pun..dan makin panas, makin cepatlah ia larut..sebab tu jugaklah kalau experiement kat atas tadi dibuat dengan air suam, lagi lambatlah kesannya..kalau air panas, cepat lah kesannya..
Jadi, dalam hal ini, minyak ikan adalah non polar solvent yang boleh melarutkan non polar polymer. Itu sahaja..

Adakah ianya berbahaya?

Tak bahaya ya..sebab ianya bukan chemical reaction pun..Lagi pun tubuh kita bukan non polar polimer hehe
Tapi kenapa yang sebelah kanan tu tak melarutkan polisterin tu sedangkan itu pun minyak ikan juga?

Ok, disini penjelasannya bergantung kepada seasli mana minyak ikan tersebut..or how pure the fish oil is.
Lazimnya minyak ikan biasa hanya melalui proses penyulingan untuk menyingkirkan  bendasing (impurities) dan mengasingkan minyak ikan dari ikan tersebut. Dengan proses yang ringkas ini, minyak ikan yang diperolehi pastinya kurang berkualiti kerana lemak tepu masih ada dan belum disingkirkan dan minyak ikan pada peringkat ini masih dalam bentukkompleks, dan pastinya sukar diserap oleh badan. Sebab itulah ianya mengambil masa yang lama untuk melarutkan polimer tadi walaupun pada suhu yang tinggi.

Berbeza dengan minyak ikan yang berkualiti tinggi, minyak ikan ini melalui prosespenyulingan kedua atau berperingkat untuk menyingkirkan lemak tepu dan lemak selain Omega-3 fat. Proses ini sangat penting kerana melalui proses inilah bendasing seperti merkuri dan logam berat (mercury and heavy metal..bukan rock band tu ye) daripada ikan. (ini yang kalau kita terlalu banyak ikan, kita bukan shj dapat omega, merkuri semua sekali masuk kedalam sistem badan..sebab tu disyorkan ambil supplement)

Minyak ikan ini berada dalam bentuk yang lebih ringkas, asli, dan tinggi dengan Omega 3..dan tindakbalasnya pun lebih cepat. Sebab tu cawan belah kiri tadi cepat terlarut..

Ringkasnya, lebih pure minyak ikan tu lebih cepat tindakbalasnya.

Ok bab2 hakis menghakis tadi dah clear kan? Nak go details boleh..tapi nanti kena keluar chemical bond lah chemical fomula la..pening nanti semua orang..so itu yang adaa dapat ringkaskan lah.

Tapi kenape bila bungkus ikan dgn polisterin tak cair pun?

Sebab itu ikan, bukan minyak ikan. Nak dapatkan minyak ikan yg tinggi kandungan DHA/EPA bukan semudah makan seekor ikan kembung goreng. Jadi kalau minyak ikan yang tak melarutkan styrofoam/polisterin tu, sah-sah lah kandungan DHA/EPA dia tak tinggi.


PERBEZAAN Shaklee


Manfaat minyak cold-water fish adalah sangat terkenal, tetapi terdapat kebimbangan yang meruncing mengenai kualiti minyak ikan masa kini. Ini adalah kerana terdapat risiko yang tinggi dalam air hari ini, antaranya ialah logam berat, kotoran dan bahan cemar seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan BPA.

• Omega Guard Shaklee diperolehi khusus daripada "ikan kecil" (ikan bilis & sardin) kerana logam berat dan toksin kurang tertumpu dalam spesis yang paling kecil daripada rantai makanan.

• Omega Guard Shaklee diproses melalui farmaseutikal gred, state-of-the-art, hak milik, triple proses penyulingan molekul yang menjamin penyingkiran kotoran dan bahan tercemar menjadikan ianya produk yang BOLEH DIPERCAYAI.


• Manakala suplemen minyak ikan yang banyak dipasarkan oleh syarikat-syarikat lain diperolehi daripada ikan besar yang dipelihara dalam sangkar yang dibesarkan secara komersial dan hanya diberi makan "pelet" seumur hidup mereka!! Ikan-ikan ini mempunyai tahap Omega -3 yang lebih rendah daripada ikan laut yang hidup liar, dan "pelet" penuh dengan bahan-bahan sintetik ... bayangkan bagaimana ini memberi kesan kepada kualiti minyak ikan yang dijual.





Jadi, anda lihatlah sendiri perbezaan Omega Guard Shaklee dengan Omega jenama lain. Hanya sebiji, sudah nampak kesannya. Mahal? Anda nilai lah sendiri. Kalu jenama yang lain murah, tp lambat kesan positif kita perolehi. Murah tetapi kandungan omega-3 untuk setiap biji adalah sedikit berbanding Omega Guard Shaklee.


Wallahu a’lam.


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI FARA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area WANGSA MAJU, SETIAWANGSA, SETAPAK, KERAMAT, MELAWATI,  boleh hubungi FARA untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 FARA akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts