Friday, February 13, 2015

Gastrik Semasa Hamil



Assalamualaikum..

Hari ini saya nak bercerita tentang gastrik semasa hamil. Sebenarnya, kalau ikutkan pengalaman saya sendiri yang pernah hamil sebanyak 3 kali, saya memang pernah mengalami gastik. Tapi ketika hamil anak ketiga, Yus Anwari Ansar (sekarang dah nak masuk 4 tahun lagi tu...he's my baby Shaklee) Alhamdulillah masalah gastrik saya tidak seteruk sebelumnya.  Tapi saya terpanggil untuk berkongsi tentang masalah gastrik semasa hamil ini kerana rakan lama saya dari Terengganu telah menghubungi saya dan meminta pendapat mengenai isu ini.


Sebagai seorang yang pernah mengandung, dia mengharapkan saya untuk berkongsi pengalaman dan pantang larang sewaktu hamil. Jadi di sini saya kongsikan sedikit info dan tips tentang gastrik semasa hamil untuk panduan kita bersama.

Perubahan hormon kehamilan memudahkan seseorang wanita mengalami pedih ulu hati seperti gastrik. Ini berlaku kerana gaster (istilah perubatan bagi perut) lambat mengosong berbanding sewaktu tidak hamil.

Akibatnya, kandungan gaster (termasuk asid gastrik) membolak kembali (refluks) ke bahagian atasnya iaitu esofagus (saluran yang menghubungkan mulut dengan gaster) dan menyebabkan pedih ulu hati. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menghakis permukaan esofagus dan menyebabkan ulser esofagus pula.

ketika tingkatan 4, begini la keadaan dalam usus saya, mengalami ulser usus

 Untuk mengatasi dan mengurangkan masalah gastrik semasa hamil, beberapa tips berikut boleh diamalkan.
  •     Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
  •    Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
  •     Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
  •     Kurangkan minuman berkafien seperti kopi, teh dan coklat
  •    Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
  •     Banyakkan minum air terutamanya air putih.
  •    Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
  •       Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
  •     Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
  •     Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
  •      Jangan merokok dan meminum alkohol.

 Itu lah antara tips yang boleh membantu mereka yang mengalami gastrik semasa hamil. Tips seperti jangan merokok dan minum alkohol memang wajib kita hindari bukan sahaja sewaktu mengalami gastrik tapi sepanjang hidup kerana ianya memang tidak baik untuk kesihatan kita. 

Berbalik kepada kes rakan saya pula, katanya memang teringin makan tetapi apabila makan je, perut tidak selesa. Apapun, kalau ada ibu-ibu yang mengalami masalah gastrik semasa hamil ini, saya sangat syorkan anda merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat.

 Shaklee dan Gastrik

Sebagai alternative, anda juga boleh mencuba suplemen daripada Shaklee. Antara suplemen yang sesuai untuk ibu hamil yang mengalami gastrik adalah ESP, Ostematrix dan peppermint Ginger Plus.

[ Soy Protein Isolated Powder (ESP) ]
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap dan selamat untuk ibu hamil. Ianya mengandungi 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh. Soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan. Ia juga menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar dengan memberikan rasa kenyang yang lama.

[ Ostematrix ]
Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Ia membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Kekurangan kalsium dalam tubuh juga boleh menyebabkan penyakit gastrik.

[ Peppermint-Ginger Plus ]
Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis. Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.


Jom kita lihat testimoni pula..:-)



Wallahu a’lam.


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI FARA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area WANGSA MAJU, SETIAWANGSA, SETAPAK, KERAMAT, MELAWATI,  boleh hubungi FARA untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 FARA akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts