Sunday, February 15, 2015

Apa Kesan Mematahkan Vitamin C pada tubuh

Patahkan Sustained Release vitamin -C Shaklee akan mendapat kesan yang lebih optimum..ha gitu lah yang saya dapat info dari Mak Shaklee. 

Rupanya, apa yang saya duk buat macam tu ada la dalam sebulan jugak la amalkan, tiba-tiba kecoh dalam group BNC dalam bulan Jan 15 bila kami semua dapat tahu bahawa mematahkan pil Sustained Release (SR) Vita-C kepasa dua akan menyebabkan penyerapannya kurang berkesan! Kami dapat info ini dari Nutritionist Shaklee.

Memang totally bercanggah dengan info yang terkini ini dan praktikal yang diperturunkan dari zaman berzaman oleh mereka yang telah lama mengamalkan pengambilan suplemen Vitamin C.


SR Vita-C dipatahkan kepada 2
Mengikut pendapat mereka:

Sewaktu demam, batuk, selesema atau kurang sihat, keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu tubuh melawan penyakit. Apabila SR Vita-C dipatahkan kepada dua, seluruh 500mg Vita-C akan direlease kedalam tubuh pengguna.

### Saya sering melakukannya ketika saya dalam proses untuk lebih sihat, apa yang saya buat adalah mematahkan 2-6biji SR Vita-C, atau 2biji setiap 5jam.Tambahan lagi kalau waktu itu saya demam selesema.  (To be honest, memang rasa perubahan, mengapa? -- mungkin kerana mindset, wallahualam)###


Sustained Release Vita-C Plus



Jadi apakah sebenarnya "Sustained Release"?

Shaklee adalah pioneer dalam menggunakan teknologi SR, dimana, setiap vitamin C yang terkandung dalam SR Vita-C, diselaputi lapisan yang akan melepaskan Vitamin C tersebut secara berperingkat, iaitu 100 mg setiap jam.


Mengapa "Sustained Release" perlu untuk Vitamin C?

Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin C adalah sejenis Vitamin larut air. Tubuh kita hanya boleh menyerap Vitamin C 100-200mg dalam masa 1 jam, selebihnya akan disingkirkan melalui air kencing.Dengan pelepasan berperingkat oleh SR, tubuh kita dapat menyerap Vitamin C dengan lebih optimum dan mengurangkan pembaziran Vitamin C melalui Urine.


Apa berlaku apabila, SR Vita-C dipatahkan 2?

Apabila kita mematahkan, atau menumbuk, kita telah memecahkan matriks yang membentuk lapisan SR. Ini mengakibatkan pelepasan Vitamin C tidak lagi berlaku secara berperingkat. Lebihan Vitamin C yang terbebas dan tidak diserap oleh tubuh akan disingkirkan melalui urin, di sinilah berlakunya pembaziran kepada wang yang telah kita laburkan.Ya Ampun ! 

SR Vita-C melepaskan secars berperingkat dan berterusan

 Ilmu baru yang wajib saya sampaikan dan perjelaskan pada anda semua, untuk saya dan juga semua pengedar dan pengguna Shaklee SR Vita-C.


Bagaimana Saranan Scientist / Nutritionist Shaklee?

Untuk keperluan harian Vitamin C kita, 500mg Vitamin C adalah mencukupi dan sekiranya kita dalam proses untuk sihat, (cth: demam, selesema, batuk) keperluan Vitamin C diperlukan sehari meningkat tetapi kadar penyerapan tubuh masih sama (atau sedikit meningkat dari 100-200mg). Cara yang efektif adalah dengan mengambil 2 biji SR Vita-C (tanpa dipatahkan) setiap 5 jam. Dengan ini, setiap jam 200 mg Vitamin C akan dilepaskan untuk penyerapan tubuh dengan lebih efektif.

Sekiranya anda mengambil dosage Vitamin C sehingga 500-1000mg tanpa teknologi 'Sustained Release" anda mungkin mahu pertimbangkan semula pelaburan wang anda yang bakal berakhir membazir di urin. hurmmmm.(Rugi kan? 😕😕)


Wallahu a’lam.


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI FARA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area WANGSA MAJU, SETIAWANGSA, SETAPAK, KERAMAT, MELAWATI,  boleh hubungi FARA untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 FARA akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts