Saturday, March 14, 2015

Doa tambah susu ibu

Salam sayang buat semua ibu2 menyusu yang membeli supplemen shaklee dari saya..baik yang saya kenal di alam realiti atau di alam maya.Maafkan saya sekiranya saya tak berkesempatan utk hari2 bertanya khabar anda atau kadang2 tu sebulan sekali baru saya dapat menghantar email.(maaf banyak-banyak)....

Saya ni pun manusia biasa, tak termampu saya nak check satu2. Diluar kemampuan saya..
 Hanya doa yang sentiasa hari2 sy kirimkan buat semua.. 

Dan dengan update laman fsjannah.blogspot.com ni,  dengan harapan anda membacanya apa yang saya kongsikan untuk manfaat bersama-sama.

Pada yang baru membeli supplemeen shaklee dari saya.harapan saya..agar anda bersabar menantikan hasilnya.Tak dinafikan ada yang selepas makan terus nampak kesan yg mengujakan tanpa healing krisis

Ada jugak yang kata takde apa-apa pun..tak banyak pun susu..(tapi semangat kental tu tak pudar..yelah kan kadang2 tu ..bila ibu2 mengadu.. saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia... ingat saya David Coperfield ka?... tiada daya upaya saya nak menjadikan susu ibu bertambah dengan sekali petik jari saya disini hanya berkongsi..dan kalini saya nak kongsikan doa..doa yang anda boleh amalkan sepanjang penyusuan susu ibu

credit to dear Iffa..Mari amalkan yer ibu2..




"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...




Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.


Semoga amalan2 rohani ni dapat diamalkan dan bermanafaat buat semua... Salam sayang dari saya yang jauh di mata..dekat di hati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts