Friday, March 20, 2015

JUS PEGAGA - Petua Awet Muda

Pagi ni tekadkan hati...nak jadikan rutin minum jus pegaga tetiap pagi...bila baca khasiat dia buat saya lagi excited nak konsisten. 

Yang ni saya terbaca kat bebanyak blog..dalam istilah perubatan kata ini herba..bila rujuk kat pokok pegaga edisi Edisi wikiwiki

Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam.   ”



Antara manfaat,kelebihan telan atau minum pegaga ni ialah:


  • Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mencegah nyanyuk
  • Melambatkan proses penuaan ( awet muda tew!! +wudhu'..kalah SKII!! )
  • Menambah daya ingatan & merehatkan minda

 Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.

Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :

1. Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9. Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada  yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. 

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Best tak? Sejujurnya saya seorang yang mengamalkan makan ulam-ulam sejak berumur 5tahun lagi.. salah satu ulam awal-awal saya belajar makan adalah PEGAGA...


Utk buat jus pegaga

  • Daun pegaga secukup rasa
  • Brown sugar dalam sesudu tecik (kalau saya tak suka letak gula..lebih suka kosong)
  • Air suam ( saya lebih suka guna air dari penapis GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE) airnya lebih sedap.. jernih dan bersih! 

Cara nak buat?

Bancuh brown sugar dgn air panas sket
Daun pegaga tadi blend dengan air suam
Selesai blend tapis then campur dengan air brown sugar tadi
Pastu...kita minum dulu!!
P/s: Saya tak pakai ais  tapi lagi sedap kalau simpan dalam peti..kasi sejuk skit minum... kalau tgh pantang seelok-eloknya biarlah suam ..kalo minum immediate lepas blend rase dia mcm ala2 air tebu..


Lepas ni kalo pegi pasar..."makcik!! Pennywort se!" Heheheh

Nak awet muda ni memang kena rajin makan ulam-ulam ni. Plus pulak dengan supplement Shaklee kan, lagi la bertambah meletop awet mudo bak hang ! hehehe

Nak cuba supplement shaklee? 


# Untuk tempahan dan mendapatkan khidmat konsultansi boleh hubungi saya di 
fara435@yahoo.com @ 012-3107784

# Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi diilaman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose apa jua penyakit .Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan


Help Others to Help Others
Salam Sayang
Ibu Otomen
FaraSainai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Popular Posts